25 Sifat Wanita Tawan Hati Lelaki

sifat wanitaWanita bergelar isteri memang rajin mencari petua menambat hati suami. Malah sanggup menghadiri seminar dan kursus untuk memperolehnya. Namun sebenarnya ramai wanita yang tidak menyedari bahawa tak perlu pergi jauh untuk menawan dan memikat hati lelaki kerana semua itu sentiasa ada dalam diri sebagai wanita. Pemikat sebenar hati kaum Adam adalah sifat seorang wanita itu sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan adalah cuma menonjolkan apa yang telah sedia ada dalam diri anda. Sekiranya sifat itu belum sebati dengan diri, cubalah belajar menghayatinya dan mempraktikkannya dalam perhubungan anda.

1. Bentuk tubuh yang menarik. Potongan badan model sudah tentu membuatkan suami tidak lepas memandang anda.

2. Selain bentuk tubuh, aset penting lain pada tubuh wanita yang mampu memikat suami adalah mata, punggung dan langkah yang kemas.

3. Sentiasa tersenyum bila berinteraksi dengan suami. Sekiranya anda memang punyai pendidikan yang lebih tinggi dari suami janganlah pula anda terlalu menunjuk-nunjuk.

4. Lemah lembut. Sifat ini sudah cukup untuk mencairkan hati semua lelaki. Tapi jangan pula lemah-lembut yang dibuat-buat sehingga naik meluat suami melihatnya.

5. Jujur dan sentiasa merendah diri. Tiada lelaki yang suka pada isteri yang gemar menipu dan juga menunjuk-nunjuk.

6. Penampilan yang bersih dan cantik. Seksi atau tidak itu terpulanglah pada diri anda sendiri. Solekan pula tidak terlalu tebal kerana suami sudah tentu tidak suka melihat isteri dengan wajah putih bertopeng.

7. Walaupun anda memiliki paras rupa yang cantik tapi janganlah terlalu perasan.

8. Selain sifat lemah lembut, sifat manja yang memang semula jadi ada pada wanita juga mampu mencairkan hati malah ego suami.

9. Bijak menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan terutama jika suami selalu menghadiri majlis.

10. Tidak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan juga remeh-remeh bila bersama dengan suami. Ia hanya akan membuatkan dia cepat dengan anda.

11. Bersikap matang dalam tutur kata dan juga tingkah laku. Suami juga kurang senang dengan sikap isteri yang terlalu kebudak-budakan.

12. Tidak membandingkan suami anda dengan bekas teman lelaki atau rakan lelaki anda di pejabat. Tindakan ini jelas menyinggung hati suami.

13. Jadilah peneman suami ketika susah mahupun senang. Caranya bertanya pada suami jika melihat suaminya begitu juga bila melihatnya teruja gembira.

14. Jadilah seorang pendengar yang setia kerana suami tidak suka isteri yang suka memotong dan membangkang kata-kata mereka.

15. Pandai membelai pasangan kerana walaupun kasar, lelaki sangat suka dibelai dan dimanjakan oleh isterinya.

16. Jangan terlalu meminta, mendesak dan merenget bila bersama suami. Ini satu lagi sikap yang membuatkan suami lekas bosan.

17. Sentiasa bersikap prihatin terhadap suami, hubungi suami di tempat kerja walaupun anda bertemu dengannya setiap hari di rumah.

18. Tunjukkan kamu seorang wanita dan isteri yang mampu berdiri atas kaki sendiri tapi sekali sekala mintalah bantuan daripada suami untuk menunjukkan kamu juga memerlukan dirinya.

19. Tunjukkan bahawa kamu bukanlah wanita yang mudah untuk dipermain-mainkan dan punya prinsip diri yang kukuh.

20. Berterus terang dengan suami dalam segala hal, jangan bersikap mulut cakap lain tapi hati lain.

21. Jangan terlalu mengongkong, ia adalah sikap wanita yang tidak disukai suami. Berikan dirinya sedikit tali kebebasan tapi pada masa yang sama kawallah tali tersebut supaya tidak terlepas.

22. Hormati suami, termasuklah ahli keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

23. Jangan tunjukkan anda seorang isteri yang terlalu sempurna dan terlalu baik dalam segala segi. Semua orang tahu tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini.

24. Pandai memasak. Bonus buat seorang isteri jika dirinya mahir menyediakan hidangan terutama yang digemari suami. Lagipun ada kata pepatah menyebut cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya.

25. Beri didikan sebaiknya kepada anak-anak kerana semua suami mengharapkan isteri mendidik zuriatnya dengan sempurna baik terutama dari segi akhlak dan tingkah laku.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.2/10 (9 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +9 (from 9 votes)
25 Sifat Wanita Tawan Hati Lelaki, 9.2 out of 10 based on 9 ratings