5 Terapi Khas Cinta

terapi cintaPercintaan kamu dan si dia kini semakin di ambang perpisahan. Bukan sahaja sering bertegang urat malah lebih teruk lagi sudah pandai main kayu tiga. Namun jangan terburu-buru mengungkap kata perpisahan terutama andai dalam hatimu masih ada sayang kerana belum tentu perpisahan boleh membahagiakanmu. Bimbang nanti kamu yang akan lebih merana. Jadi apapun cubalah dulu perbaiki hubungan kamu dan si dia dengan tip yang diberikan. Siapa tahu penawar dari Ayat Jiwang ini mampu menyelamatkan cinta mu.

1. Berani Berubah
Kamu dan si dia punya keperibadian serta kebiasaan yang berbeza. Oleh kerana itulah kamu berdua begitu sukar untuk memahami sifat dan tabiat masing-masing biarpun telah lama bersama. Akibatnya kamu berdua sering salah menyalahkan sesama sendiri. Jadi jalan terbaik ialah sekiranya kamu mahukan si dia memahami serta mengikut cara kamu, apa kata kamu terlebih dahulu berubah mengikut caranya. Bersikap proaktif seperti ini bukan sahaja akan memberi kesan positif di mata si dia malah si dia akan lebih menghormati minat dan keinginan kamu tanpa sebarang perkara yang berbangkit.

2. Boyfriend adalah Bestfriend
Ternyata percintaan mampu bertahan apabila kamu melayan si dia sama seperti apabila melayan sahabatmu. Ini kerana dalam hubungan persahabatan kamu lebih mudah memahami dan memberikan sokongan saat khidmat kamu diperlukan. Misalnya apabila sahabatmu datang lewat sejam kamu masih boleh faham dan terima alasannya. Namun cuba kalau yang datang lewat ialah si dia. Walaupun lambat lima minit kamu pasti akan marah yang teramat sangat. Hubungan cinta adakalanya mampu membuat kamu jadi emosi saat berhadapan dengan masalah. Padangan kamu bukan sahaja lebih subjektif malah respon kamu juga tidak rasional. Jadi andai kamu melayannya seperti sahabat hubungan akan lebih santai dan fun.

3. Memahami Gaya Cintanya
Mungkin kamu tidak tahu bahawa gaya bercinta juga dipengaruhi masa silam. Misalnya si dia dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah. Si dia akan menjadi terlalu manja dan 24 jam memerlukan perhatian darimu. Walaupun kamu agak rimas tetapi itu sudah beribadinya dan bukannya kerana cemburu buta. Jadi untuk selesaikan masalah ini cubalah senaraikan tentang perkara-perkara yang orang tua kamu lakukan yang kamu tidak suka. Ajaklah dia buat perkara yang sama. Dari situ kamu berdua mungkin boleh lebih saling memahami dan merasakan ikatan yang lebih kuat antara satu sama lain.

4. Positif
Sentiasa berfikiran positif adalah kunci kebahagiaan. Namun yang sering menjadi masalah ialah diawal percintaan sahaja kamu akan positif. Lama kelamaan kamu berubah sikap. Harus diingatkan sikap yang negatif tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Malah akan membuatkan si dia makin hari makin jauh dengan kamu. Oleh itu, mula sekarang sentiasa lihat hubungan cinta kamu dengan si dia dengan positif. Daripada kamu terus memikirkan perkara-perkara yang tidak baik tentang dia lebih baik fikirkan hal yang manis-manis sahaja. Mungkin agak sukar tetapi selalu ingat si dia adalah pasangan yang paling manis pernah kamu temui kerana pernah berkongsi kesedihan, susah dan senang bersama kamu.

5. Menulis Surat
Banyak ahli-ahli cinta berpendapat mengatakan hubungan seringkali gagal akibat kurangnya komunikasi. Padahal komunikasi amatlah penting bagi kelancaran sesebuah hubungan. Dengan adanya komunikasi yang baik masing-masing dapat menyelami harapan dan keinginan masing-masing. Jadi kualiti berkomunikasi sangat perlu ditingkatkan. Penggunaan surat untuk mencurahkan isi hati ternyata cukup berkesan bagi meningkatkan kualiti komunikasi sebuah pasangan. Malah lebih berkesan dibandingkan dengan mengungkap secara langsung. Mengapa boleh berkesan? Kerana melalui tulisan kamu mampu untuk menceritakan apa sahaja dengan cara yang lebih indah. Tambahan lagi andai kamu bijak menulis dan untungnya kamu boleh mengeditnya. Si dia juga akan mudah memahami dan menerima isi hati kamu dengan terbuka.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)
5 Terapi Khas Cinta, 10.0 out of 10 based on 3 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat jiwang 2016