7 Perkara Lelaki Tidak Suka

7 Perkara Lelaki Tidak SukaKaum lelaki tidak seperti perempuan yang agak terbuka dan boleh membincangkan apa sahaja terutama dengan orang yang dicintainya. Lelaki agak alergik pada setengah-setengah topik dan pertanyaan yang bagi mereka sangat merimaskan. Oleh itu, jangan sampai cinta si dia pada anda jadi hambar ataupun hancur lebur gara-gara anda tersalah bertanya. Jadi pelajarilah hal-hal berikut…

1. Meragui Cintanya
Jangan sesekali kamu menanyakan adakah si dia tertarik kepada perempuan lain. Bagi lelaki sekiranya dia sudah memilih kamu sebagai kekasihnya maka soalan tersebut sudah pasti boleh dijawab dengan berfikir sendiri secara matang. Sekiranya dia mengagumi perempuan lain sudah pastinya kamu bukan pilihannya. Kamu akan dianggap meragui cintanya andai soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali dan bukan itu sahaja si dia juga menganggap kamu tidak ada keyakinan serta kepercayaan diri kerana itulah kamu sengaja bertanyakan soalan yang sudah tahu jawapannya.

2. Kisah Cintanya Yang Lalu
Perempuan sememangnya suka apabila teman lelakinya bertanyakan tentang hubungannya yang terdahulu. Ini kerana perempuan tidak kisah untuk berkongsi kisah suka dukanya dengan kekasihnya tentang sejarah cintanya. Namun berbeza dengan lelaki. Mereka seboleh-bolehnya mahu menutup cerita-cerita lama terutama andai cerita tersebut menyakitkan hatinya. Lelaki juga tidak suka hubungan baru dibayangi dengan kisah-kisah lamanya. Jadi sekiranya kamu tidak mahu si dia kurang senang dengan kamu jangan sesekali mendesaknya untuk bercerita tentang hubungan masa lalunya kecuali kalau dia sendiri yang ada inisiatif untuk berkongsi cerita..

3. Tentang Seks
Tidak dinafikan lelaki lebih suka membayangkan tentang seks dari perempuan. Namun itu hanya dengan teman-teman sekaum dengannya sahaja. Sekiranya dia benar-benar mencintai kamu dan menganggap kamu teman istimewanya perkara inilah yang paling mereka tidak suka membicarakannya. Bukan itu sahaja, lelaki juga akan rasa tidak selesa dan kurang senang apabila kamu bertanyakan tentang perkara-perkara yang sepatutnya tidak dibincangkan selagi kamu masih belum menjalinkan ikatan perkahwinan. Sebaiknya tunggulah sehingga kamu sampai ke gerbang perkahwinan barulah kamu membicarakan tentang seks.

4. Menyiasat Setiap Aktivitinya
Sebahagian besar kaum perempuan sangat posesif terhadap pasangannya sehingga ingin mengetahui setiap detail yang dilakukan oleh pasangannya. Biarpun mungkin niat kamu untuk mengambil berat namun bagi lelaki kamu sudah mengongkongnya. Soalan-soalan seperti “Awak buat apa dari pagi sampai ke malam hari ini?“, “Makan dengan siapa?“, “Pakai baju warna apa?“, “Keluar dengan siapa?” adalah soalan yang amat merimaskan kaum lelaki. Sekiranya kamu benar-benar mencintainya biarkanlah dia bergaul dengan teman-temannya tanpa ada pasangan curiga. Sekiranya kamu tahu menghormati si dia maka si dia juga akan melakukan hal yang sama.

5. Tidak Memahami Kerjanya
Jangan kamu cuba-cuba pertikaikan kerja yang dilakukan oleh si dia dan bertanyakan soalan seperti “Berbaloikah kerja sampai malam dengan gaji tidak seberapa?“, “Apa faedahnya bekerja di situ,” Lelaki memang tidak suka apabila perempuan mempersoalkan kerjanya. Bagi lelaki kalau dia yang bekerja boleh bertahan kenapa perempuan pula yang harus merasakan sakitnya. Hal kerja ini memang agak sensitif bagi lelaki. Oleh itu, cara terbaik ialah kamu berikan dia semangat dan sokongan untuk terus berusaha memajukan dirinya…

6. Kewangannya
Niat kamu mungkin baik untuk mengatur kewangannya agar kedudukan kewangannya sentiasa stabil namun bagi lelaki pula selagi dia dan kamu tidak ada sebarang ikatan dengan kamu si dia tidak suka kamu mempersoalkan tentang kewangannya. Jangan sesekali kamu tanya “Di mana perginya duit awak,” ataupun “Apa yang awk buat dengan duit awak.” kamu boleh menasihatinya tetapi jangan cuba-cuba mengkritik cara si dia berbelanja kerana ianya boleh menimbulkan pergaduhan.

7. Mengatakan Sesuatu Yang Buruk Tentang Temannya
Lelaki lebih setia berkawan dari perempuan. Oleh itu, tidak hairanlah lelaki kalau berkawan dari kecil boleh sampai ke dewasa. Sedangkan perempuan boleh bertukar-tukar sahabat mengikut di mana mereka berada. Oleh kerana kesetiaan lelaki pada teman-temannya kamu janganlah cuba-cuba untuk mengatakan sesuatu yang buruk tentang temannya. Ada setengah lelaki sanggup putuskan hubungan cintanya dari berdampingan dengan seseorang yang menghina temannya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)
7 Perkara Lelaki Tidak Suka, 10.0 out of 10 based on 5 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • soalan untuk kekasih
  • soalan untuk kekasih lelaki