Ayat SMS Jiwang yang Paling Power

Diwaktu-waktu bersendirian, membawa ingatanku ketika alam persekolahan. Jika diberi peluang, ingin sahaja aku undurkan waktu itu. Alam persekolahan memang menyeronokkan, pahit manis semuanya menjadi kenangan. Sebut alam persekolahan, teringat pula seorang gadis yang selalu aku kacau (nama dia tak boleh bagitahu, rahsia). Tapi tindakkan aku itu tidaklah mengganggu dia, bolehlah dikatakan hanya sebagai gurauan. Dengan watakku yang nakal, lawak dan bersahaja ketika itu menyebabkan kami menjadi rapat dan aku tahu dia menyenangiku. Namun itu dulu, masa telah berlalu.

Kini kami jauh berpisah. Setelah tamat alam persekolahan dan masing-masing berjaya dalam peperiksaan, aku melanjutkan pelajaran ke utara tanah air di UUM. Dia ke pantai barat di UPSI. Walaupun berpisah, kami masih lagi berhubung dengan berSMS dan aku tetap sama seperti alam persekolahan, nakal lawak dan bersahaja. Alam universiti, dengan tugasan, tanggungjawab dan assignment yang banyak menyebabkan hubungan itu semakin lama semakin renggang dan akhirnya, tooott…. Tiada lagi.

Pada satu petang, aku menerima SMS dari dia. SMS ayat-ayat atau SMS kata-kata yang aku rasakan cukup power, jiwang dan tak kurang juga terasa sedih;

kaDang-KadanG KitE tAk sedaR,oRang yang KitE tAk peDuLikan,
SaYang giLE KaT KitE…
kaDang-KadanG KitE tAk sedaR,KitE terLamPau SaYangKaT oRang tU,
seDangKan diE seLaLu sAKitKaN hAti KitE…
dAn KitE tAk peRnaH seDaR,KitE BukanNye SEmpuRna,
unTuK meNDapaTkan oRang yang sanGat-sanGat SemPuRna daLam hidup KitE….
dAn KitE buKan sApe-sApeunTuk BUAt oRang MenyAyAngi KitE,
maCam KitE saYang kAt diE…
sebaB KitE,CUme mAnUsiE yang hanyE mampu
mEmbuat saTu mimPiinDah yang suKar
menjaDi kenYataan….

Sender:
XXXXX
+6013XXXX334
Message center:
+60193900000

Sent:
20-July-2010
15:55:37

Banyak kali aku baca ayat itu, ia tetap terasa dihati sehinggalah saat ini yang menjadi simpanan dalam henfon burukku. Sesungguhnya aku merindui dia dialam persekolahan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.5/10 (167 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +91 (from 111 votes)
Ayat SMS Jiwang yang Paling Power, 8.5 out of 10 based on 167 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • yhs-fullyhosted_003
  • ayat putus cinta paling sedih
  • ayat nakal
  • yhs-per_003
  • ayat sedih untuk kekasih sms
  • ayat jiwang sedih gila
  • ayat romantik ringkas
  • ayat bagi orang terasa
  • ayat paling power
  • ayat paling sedih untuk kekasih