Bila Aku Jatuh Cinta

Jatuh Cinta acap kali digambarkan sebagai sebahagian daripada  intipati kebahagian paling terbaik yang pernah kita alami didalam kehidupan ini. Ia masih kekal misteri ,tiada pakar didalam dunia ini yang mampu merungkai rahsia jatuh cinta. Sesetengah individu yang jatuh cinta secara tiba-tiba selepas membuat janji temu ,situasi spontan yang membuatkan hati berdegup pantas apabila bertemu si dia .  Tiada resepi khas bagaimana untuk jatuh cinta dan semua orang yang pernah mengalaminya melaluinya didalam cara yang berbeza.

Salah satu ciri yang dapat dilihat daripada  seseorang yang sedang dilamun cinta contohnya,jika seseorang lelaki itu tidak mengalihkan pandangan matanya  daripada  wanita idamannya,maka itu tandanya cinta pertama atau cinta pandangan pertama .  Riak muka dan juga reaksi mungkin dapat menunjukkan seseorang itu jatuh cinta,gagap secara tiba-tiba dihadapan si dia .

Perhatikan perubahan tingkah laku dari segi bahasa badan. Apabila seseorang itu sedang  jatuh cinta ,kita dapat melihat perubahan dirinya yang ketara seperti lemah lembut dan bersikap melindungi,itu antara ciri-ciri yang sedang dilamun cinta .

Khususnya lelaki,amnya suka bercakap tentang dirinya atau hal yang berkait dengan aktiviti sehariannya. Tetapi apabila si dia mula bercakap tentang anda ,kemungkinan perasaannya lebih inginkan percintaan dengan anda.

Si dia yang tiba-tiba malu nak bercakap,tetapi matanya tetap memandang ke arah mata anda. Ia kemungkinan besar anda sudah pun memilik hatinya .

Jika kebiasaannya,si dia tidak segan silu bercakap dengan anda dan anda mungkin perasan bahawa tingkah lakunya berbeza sekiranya dia kelihatan agak janggal berhadapan dengan anda.  Ini tandanya si dia sedang jatuh cinta dengan anda.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.0/10 (25 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +13 (from 13 votes)
Bila Aku Jatuh Cinta , 9.0 out of 10 based on 25 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat jatuh cinta
  • ayat bila jatuh cinta
  • ayat cinta pandang pertama
  • ayat jatuh hati
  • ayat jatuh cinta pandang pertama
  • ayat jiwang jatuh cinta
  • ayat-ayat jatuh cinta
  • ayat cinta pertama
  • tanda cinta pandang pertama
  • ayat2 dilamun cinta