Cara Menawan Cinta Lelaki

Cinta lelaki ni memang unik sikit, dan ia susah juga nak dapatkan cinta lelaki yang betul-betul serius. Kalau seseorang wanita dapat menawan cinta seorang lelaki, ia akan mempu mengubah segala sikap kasar atau buruk kepada lembut dan romantik. Jika anda ingin memikat lelaki yang anda suka, anda boleh gunakan empat tip di bawah ketika memikat dia.

cara menawan cinta

Tip pertama : bersikap terbuka.

Anda perlu berikan dia perasaan selesa apabila bersama dengan anda. Dia akan selesa jika anda lebih terbuka dalam setiap tindakan dan cara anda berfikir. Lelaki sangat takut pada penolakan dari seorang wanita, apabila anda berfikiran terbuka, dia tahu dia ada peluang dengan anda.

 

Tip kedua ; Jangan terlalu beremosi.

Kelemahan wanita yang paling ketara  dan di benci lelaki adalah cepat beremosi. Anda perlu tenang jika anda si dia perhatikan anda. Buang perasaan cepat marah dan melenting. Jadi seorang yang relaks dan tenang. Jika anda cepat beremosi, dia jadi takut hendak hampiri anda. Jika anda selalu senyum, dia pasti akan lebih berani untuk hampiri anda.

 

Tip ketiga : Penampilan menarik.

Lelaki akan lebih bangga jika mereka ingin menegur seorang wanita yang cantik penampilannya berbanding wanita yang tidak menjaga penampilan mereka. Anda jaga penampilan anda, pasti dia akan tertarik untuk menegur anda di masa hadapan.

 

Tip keempat ; Bersikap kewanitaan.

Jika lelaki perlu bersikap gentleman, anda pula perlu bersikap kewanitaan apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minat. Biarkan dia bersikap gentleman terhadap diri anda. Lelaki akan mudah tertarik pada wanita yang ada personaliti seorang wanita sejati.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.1/10 (15 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +9 (from 9 votes)
Cara Menawan Cinta Lelaki, 9.1 out of 10 based on 15 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • cara menegur lelaki