Cara Mengekalkan Kebahagiaan

kekal bahagiaBanyak rumahtangga yang dibina tidak mampu mempertahankan keharmoniannya. Rumahtangga tak ubah bagaikan neraka, tempat yang paling tidak menyenangkan bagi penghuninya.

Di antara krisis yang terjadi dalam rumah tangga adalah ketegangan hubungan suami isteri, konflik orang tua dengan anak, konflik dengan mertua bahkan konflik sesama anak. Ketegangan suami isteri adalah krisis yang mendasar, dan harus segera mendapat penyelesaian dan mengadakan pencegahan sebelum terjadinya konflik.

Sebab, konflik suami isteri yang tidak terselesaikan boleh mengakibatkan berlakunya penceraian. Akhirnya, kehidupan rumahtangga yang dibina dengan susah payah jadi porak-peranda, anak-anak kehilangan kasih sayang.

Berbagai ketegangan dalam kehidupan sehari-hari antara suami isteri, boleh jadi memang termasuk bahagian dari ‘bumbu’ kehidupan keluarga. Akan tetapi, bila ‘bumbu’ itu berlebihan, maka masakanpun tak lazat dan boleh jadi malah berbalik menjadi racun yang membunuh.

Oleh itu, sekalipun pada beberapa keadaan tertentu ketegangan masih boleh dinilai sebagai sesuatu yang wajar, tetapi harus terus diambil berat. Agar dengan demikian bahtera rumahtangga yang sedang berlayar tidak kehilangan arah dan terus melaju dengan tenang menuju pantai bahagia.

Cara berkesan untuk mengatasi konflik rumahtangga dan mengekalkan kebahagiaan adalah berikut:

1. Kembali kepada agama
Kembalikan seluruh masalah pada aturan Allah dan Rasul-Nya, mulakan kehidupan keluarga dengan niat ibadah. Jika ada masalah, kembalikan kepada pihak yang memberi perintah dan tuntutan. Pernikahan sesuai ajaran Islam, bukan sebagai pemuas nafsu atau sekadar tuntutan kehidupan sahaja.

2. Dahulukan kewajipan daripada hak
Islam telah menetapkan batas-batas hak serta kewajipan dengan adil dan bijaksana. Jika suami isteri menetapi kewajipan-kewajipannya, tentu akan tertunaikan pula hak dengan sendirinya. Apabila suami telah menunaikan kewajipan terhadap isteri dengan sebaik-baiknya, maka hak isteri telah tertunaikan. Suasana harmoni akan lebih mudah dibina di dalam rumahtangga.

3. Jangan cuaikan masalah kecil
Salah satu bahagian kemesraan dalam keluarga, dibina atas kata-kata baik dan indah sperti ucapan terima kasih. Isteri atau suami memerlukan ungkapan ini sebagai lambang kasih sayang dan perhatian.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +6 (from 6 votes)
Cara Mengekalkan Kebahagiaan, 10.0 out of 10 based on 6 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • pasangan muslim romantis
  • suami isteri bahagia
  • ayat keluarga bahagia
  • ayat jiwang bahagia