Cinta

cintaKita perlu mengenali jenis cinta yang difahamkan kita sendiri dan pasangan sebelum bertindak. Dua manusia berbeza juga mempunyai persepsi dan versi berbeza apabila mentafsir cinta. Mengenali cinta membantu kita mengetahui berkaitan tindakan-tindakan yang dapat disesuaikan bagi menjadikan perhubungan yang berbentuk adalah perhubungan yang harmoni dan mempunyai daya keseimbangan. Definisi cinta ini memberi daya tarikan antara pasangan yang cuba saling memenuhi kehendak dan keperluan masing-masing.

Dengan mengenali nama-nama lain dalam istilah cinta, ia membuka pemikiran kita. Cinta adalah gabungan pelbagai maksud yang membawa gambaran sifat-sifatnya yang tersendiri. Dengan jelas kita dapat melihat, apakah pengertian cinta kita berada dalam salah satu kelompok itu ataupun sekadar ungkapan yang diungkap di bibir tanpa maksud? Adakah pasangan mempunyai definisi sama mengenai cinta seperti yang dibentuk dalam diri kita? Bukankah ini waktu terbaik bagi memahami nilai cinta pasangan?

Setiap perkataan yang mendukung maksud cinta membawa sifat-sifat dalam pelbagai istilah. Ramai menolak kepentingan memahami yang cinta bukan sekadar satu maksud walaupun mereka seperti menginginkan ia sekadar mempunyai satu maksud sahaja. Tetapi, yang pasti, dalam persamaan dua manusia memahami maksud cinta, terdapat juga perbezaan menurut pengertian masing-masing.

Cinta juga dilihat sebagai perkara yang perlu bagi memenuhi keperluan hidup individu, kerana itu cinta dilihat sebagai kerjasama yang dapat membawa kepada keperluan yang mendesak dan penglibatan emosi cemburu bagi memilikinya. Cinta melibatkan kesedaran manusia kepada pasangannya dan pada masa yang sama cuba memenuhi keperluan sendiri.

Cinta atau kasih sayang mempunyai ukuran berbeza. Cara kita menyayangi anak kecil berbeza dengan cara kita menyayangi rakan-rakan dan pasangan. Ia jelas dengan perbuatan serta tindakan kita memenuhi nilai kasih sayang itu mengikut nilai jangka yang ditentukan. Begitu juga cara hendak melembutkan hati lelaki yang bergelar suami dan kekasih hati, berbeza caranya dengan melembutkan hati lelaki yang bergelar bapa.

Orang lelaki mudah lembut hatinya apabila perkongsian cinta dapat diserasikan bersama. Ini menjadikan dirinya sekapal dengan orang yang dikasihi. Cinta dalam minda lelaki perlu difahami. Begitulah sebaliknya cinta wanita kepada lelaki adalah ikatan awl bagi mengikat hatinya supaya sentiasa bersama dan ia diterjemahkan melalui tindakan-tindakan yang bersesuaian. Serasikan makna cinta yang difahaminya dengan makna cinta yang kita pegang selama ini. Keserasian ini membentuk acuan baru dan tafsiran cinta bersama.

Tanpa adanya keserasian memahami cinta daripada kaca mata pasangan, tindak balas bagi meraih cinta melalui perjalanan yang memerlukan kita sentiasa bersedia mengetahui perkara-perkara baru yang timbul sepanjang hidup bersama pasangan. Apa yang difahami pasangan berkaitan dengan pengertian cinta berkait rapat dengan pengaruh kefahaman itu kepada gaya kehidupan yang berubah daripada berdua sehinggalah mempunyai cahaya mata.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.2/10 (33 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +20 (from 20 votes)
Cinta, 9.2 out of 10 based on 33 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat kesedaran cinta
  • ayat madah2 cinta
  • ayat ayat kesedaran
  • madah2 cinta
  • ayat kesedaran com
  • jiwang kekasih
  • ayat kekasih bagi kesedaran kepada lelaki
  • madah2 cinta jiwang
  • madah2 cinta kecewa
  • madah2 cinta kelakar

Leave a Comment

*

CommentLuv badge
Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins

Like Page Ayat Jiwang