Jiwang kekasih idaman-Episod 2

Loceng berbunyi,menandakan bahawa sesi pembelajaran bakal bermula. Guru melangkah masuk didalam kelas !!bangun!!assalaimualaikum cikgu!! ,cikgu mengiyakan dan mengarah kami duduk dan meminta agar kami membuat ulangkaji sendiri,memandangkan minggu ini sekolah akan mengadakan pertandingan menulis,maka setiap guru kerap mengadakan mesyuarat bagi merancang aktiviti tersebut.

Bagi aku,setiap surat telah aku hantar,jadi di waktu yang terluang ini aku cuba menyibukkan diri dengan mengasahkan bakat penulisan dengan membuat ulangkaji. Disebalik kesunyian keheningan pagi itu,aku dapat merasakan ada sepasang mata  bulat hitam  disebelah kanan aku, sedang memerhatikan aku. Namun disebabkan arah badanku kearah hadapan,jadi agak sukar untuk aku memalingkan muka dan melihat gerangan  yang memandang tepat kearahku.

Waktu bersilih ganti menandakan masuknya waktu rehat,rakan-rakanku  bergegas dengan cepat untuk ke kantin lalu meninggalkan aku keseorangan sementara aku mengemas peralatan menulis. Didalam kealpaan aku untuk bangun dari kerusi!!tiba-tiba pipiku dihinggap dengan penampar seseorang yang agak kuat sehingga pandangan ku kabur sekejap. Aku mendongak dagu untuk melihat siapakah yang sanggup melakukan perbuatan ini.

Rupanya amarah jelingan tajam tadi akhirnya telah membuktikan sebabnya,putri lisa telah!!menampar aku!!!aku terlopong seketika dan hairan kejadian ini. Namun jelingan tajamnya masih kuat mengatakan aku bersalah,perbicaraan bermula,aku bertanya”kenapa tampar saya”,putri lisa mendiam seribu bahasa namun riak  wajahnya menunjukkan yang dia masih berdendam denganku,lalu dia meninggalkan aku dengan tanda tanya yang aku sendiri bingung.

Sekolah dimulakan dengan nyanyian negaraku dan disusuli lagu sekolah,setelah selesai semua upacara majlis ,pengacara majlis menutup tirai majlis dengan kata-kata amanat dari pengetua sekolah  dan ucapan terima kasih.

Minggu ini agak kekok bagi aku kerana kejadian pada minggu lepas agak memalukan bagiku kerana ia telah menjadi buah mulut dikalangan pelajar-pelajar tingkatan 3. Kini aku tidak lagi menjadi tukang surat,disebabkan kejadian tersebut. Namun apa yang pasti ,putri lisa kini lebih suka memandang wajahku dengan perasaan yang geram dan adakalanya memandang terus wajahku sehingga berakhirnya sesi pembelajaran hari tersebut. Aku kini bagaikan telan mati mak,luah mati bapa sehinggakan rakan-rakan ku mengejak kami tengah bercinta,padahal sedang berkonfrontasi.

Kedudukan mejaku yang berada dihadapan menyukarkan aku untuk memalingkan muka ke arah tepi dan belakang,akhirnya aku telah membuat persetujuan dengan rakanku untuk bertukar tempat yang membolehkan aku menjeling balik terus mata putri lisa,aku sudah muak,bosan akan sikapnya yang  suka menyakat aku dengan memandang aku berterusan macamla kesalahan aku besar sangat.

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.9/10 (9 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
Jiwang kekasih idaman-Episod 2, 7.9 out of 10 based on 9 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat kecewa dengan kekasih
  • ayat jiwang kecewa
  • ucapan untuk kekasih
  • ucapan cinta buat kekasih
  • ucapan sedih buat kekasih
  • ayat merayu
  • ucapan terima kasih kepada kekasih
  • ucapan kepada kekasih
  • ayat untuk kekasih yang jauh
  • ayat merayu kekasih