Lantaran musim panas yang panjang ini,keadaan agak panas dibilik darjah kami. Guru mula mengeluh kepanasan dan mula memendekkan waktu pembelajaran. Kedudukan mejaku kini selari dengan meja putri lisa,kini kami berperang antara satu sama lain dengan memandang tepat kearah mata dengan harapan salah seorang dari kami akan tumbang. Masa beralih dari sejam ke dua jam,matanya yang hitam bulat seperti mata heliza helmi tetap memandang mataku dengan tepat . Kadang-kadang hati ini terusik kerana ini adalah kali pertama mataku memandang benda yang sama jam demi jam,hari-demi hari tambahan pula ini adalah berkenaan mata seorang gadis idaman.
Perang mata antara kami akhirnya berakhir apabila putri lisa tidak hadir,khabarnya dia sakit kerana demam. Aku mula akui kehebatan ku kerana menyangka dia sudah kalah dengan peperangan mata antara kami. Namun,disebalik perasaan seronok itu,lahir perasaan rindu yang resah mencari sepasang mata hitam bulat tanpa ku sedari. Walaupun diri ini cuba ku tenangkan dengan memandang papan hitam didalam kelas,rupa-rupanya aku sebenarnya yang telah tewas didalam peperangan mata antara aku dan dia.
Betullah pepatah mengatakan”dari mata ke hati”seandai aku mengetahui ini yang akan berlaku,sudah pasti akan ku cuba elakkannya. Kini bermulalah episod yang baru didalam hidupku,aku bagaikan hidup dalam setiap hembusan nafasnya,!!!Ya!!aku sudah jatuh cinta !!!
Hari bermula dengan penuh riang,diiringi suasana pagi yang suam-suam kuku,mata ini mula liar mencari permata hati. Perasaan baru yang tak pernah ku rasakan sebelum ini nyata berbeza,masih baru bagi diri ini yang masih mentah. Lima deria rasa aku mula aktif yang tak pernah aku alami sebelum ini,suasana disekelilingku terasa aman dan merdu suara burung pipit yang berkicauan menambahkan syahdu dihatiku ini. Pernah dengar pepatah ,seperti terawang-awangan !!!itulah yang ku rasai sekarang!!!.
Aku melangkah masuk didalam kelas dan terus menuju ke mejaku. Sambil menurunkan beg dan segala peralatan menulis,aku mula mendongak dagu mencari kelibat putri lisa. Sekian seketika dia masih tidak kelihatan,manakala loceng kelas bermula akan berbunyi sebentar lagi. Hati ini berdegup dengan kencang dan deras. Dia belum muncul lagi,”kata hati kecilku”. Loceng Berbunyi !!!pringgggggggg!!!!.
Kekecewaan yang tak tertangung menambahkan lagi duka sahara didalam hati kecil ini. Putri lisa masih tidak datang kerana masih bercuti dek demam. Hariku mula layu dan lemai lalu melemhkan semangat tadi yang riang tatkala menanti mata bulat hitam pujangga hati .
Rakan-rakanku mula menyakat,mungkin meraka menyedari perubahan sikapku yang ketara. Sikapku yang periang dan peramah menjadikan aku mudah berkawan,bergaul mesra dan disukai ramai,namun sejak akhir-akhir ini aku mula menyendiri,termenung panjang dan mudah terasa dengan gurauan.
Ayat Jiwang Ini Tanda aku mula sukakan dia
Jiwang kekasih idaman-Episod 3,Carian Ayat Jiwang:
- ayat lucu untuk kekasih
- ayat jiwang baru
- ayat jiwang untuk kekasih hati
- ayat cinta lawak pendek
- ayat pendek cinta untuk kekasih
- Ayat jiwang remaja
- ayat hari lahir untuk kekasih
- ayat pendek cinta
- sms cinta jiwang romantik
- ayat di tinggalkan kekasih








