Jiwang kekasih idaman-Episod 4

Cinta Ayat  jiwang mula berputik

Kedinginan embun malam mula membasahi diriku yang berdiri sendirian dijendala rumahku,berlatarkan 4 ekar sawah bendang yang mengadap rumahku,diterangi dengan cahaya syahdu bulan yang terang menambahkan lagi duka rindu yang membara dihati merindui,mengingati simata bulat hitam yang aku  kasihi sejak 2,3 hari yang lepas. Sedikit cebisan  cinta yang dulu ku anggap  dongeng  kini mula memberiku keinsafan akan keajaiban yang allah s.w.t kurniakan pada makhluk ciptaannya. Baru kini ku menyedari betapa nikmatnya,ajaibnya saat-saat percintaan sedang berlabuh dihati makhluk yang bertuah.

Langit ku junjung bagai kasih tandan yang ku idam,ku tatap bulan purnama menyerupai wajahmu yang indah mewangi menusuk kalbu hatiku. Indah sungguh alunan dan suasana hening malam ketika ini,hanya mata bulatmu yang menjadi pujangga hati ini yang berteriak namamu wahai “putri lisa”.  Ku akhiri malam yang indah ini dengan mengingati semula kasih yang terjalin beberapa saat sewaktu kita bermain mata.

Minggu bermula dengan cuaca sejuk yang disusuli dengan hujan lebat yang bersilih ganti,ramai sahabatku yang tidak menghadirkan diri kerana terperangkap dengan hujan lebat dan pelbagai alasan lagi. Setibanya aku ke kelas,aku mendapati guru sudah memulakan sesi pembelajaran,cikgu arfan menegurku”azzie,kenapa lambat,aku menjawab”banjir kilat cikgu,jem kat jalan pudu tadi”cikgu arfan mengelengkan kepala sambil mengarahkan  aku masuk ke dalam kelas. Aku melangkah masuk didalam kelas ,namun sewaktu menuju ke mejaku,aku mengesan satu aura luar biasa yang cuba berkomunikasi dengan ku. Lantas dengan kekuatan minda yang aku ada,kepintasan itu aku patahkan dengan menguatkan kuasa teknik dalaman ku.

Akibat hujan lebat hari ini,baju dan seluarku kebasahan,namun nasib baiklah aku ada membawa pakaian lebih untuk disalin. Selepas meletakkan beg,aku  bergegas untuk menukar pakaian basah yang sangat menyejukkan aku. Gundah gamat gelita bagai mendapat upah emas,pandangan ku teralih disatu sudut yang sangat aku nantikan,hati mula bicara”dia dah sampai rupanya”,ya putri lisa sudah hadir ke kelas hari ini. Hati meloncat gembira,aku tersenyum tanpa dipaksa. Walaupun kelihatan dia masih berdendam dengan ku,riak mukanya mula berubah kemerahan-merahan setelah melihat wajahku yang tersenyum terhadapnya.

Keadaan ku yang mengigil disebabkan kesejukan disedari oleh cikgu arfan,lalu menanyakan apa masalahku,dengan segan silu aku meminta kebenarannya untuk menukar pakaian dan mengatakan pakaian ku basah. Lalu aku pun bergerak keluar ke tandas,sambil menjeling putri lisa, aku tersenyum diluar dan didalam menyebabkan rakan kelasku membisik antara satu sama lain.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.9/10 (9 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 8 votes)
Jiwang kekasih idaman-Episod 4, 7.9 out of 10 based on 9 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • sms pujuk kekasih
  • cerita jiwang
  • ayat rindu kelakar
  • ayat menusuk kalbu
  • ayat jiwang menusuk kalbu
  • ayat sedih dalam bahasa inggeris
  • ayat merindui kekasih
  • ayat cinta menusuk kalbu
  • ayat ayat jiwang malam