Kata-kata Manis Untuk Pasangan

Wanita cukup suka kalau pasangannya mencurahkan kata-kata cinta dan mengungkapkan rasa sayang. Tapi tak bermakna lelaki tidak memerlukan perkara yang sama. Wanita lebih suka kata-kata cinta dan sayang daripada pasangannya bagi mewujudkan perasaan selamat dan berasa dirinya masih diperlukan. Lelaki memerlukan kata-kata cinta sebagai tanda dia adalah pasangan yang wujud dan sering menjadi tumpuan pasangannya. Sekali-sekala melontarkan kata-kata manis yang datang dari hati memberi ruang emosi lelaki bertindak balas.

kata-kata manis

Fenomena cinta turut melibatkan kata-kata manis yang diucapkan individu itu. Setiap perkara yang diluahkan membawa kesan mendalam kepada pendengar, lebih-lebih lagi daripada bakal pasangannya yang dicintai. Perkataan yang diucapkan mungkin kedengaran biasa bagi sebahagian kita, namun ia menjadi sebaris perkataan yang bernilai dan dinanti-nantikan daripada orang yang bertempat di hati.

Antara kata-kata manis untuk pasangan yang dicintai seperti di bawah,

1. “Saya merindui awak”
Kata-kata ini memperkukuhkan hubungan lebih-lebih lagi yang diikat dengan tali perkahwinan yang sah. Kata-kat ini membawa maksud keinginan dan rasa hati untuk sentiasa bersama serta memperkukuh rasa cinta.

2. “Saya menghormati awak”
Perkataan ini menggambarkan rasa hormat yang juga simbolik kata cinta. Ia meluahkan rasa hati atas rasa kebersamaan. Kata-kata ini banyak menyelamatkan keadaan dan mewujudkan semangat cinta atas dasar adil kepada insan yang disayangi.

3. “Mungkin awak betul”
Kata-kata ini mempunyai kekuatan mengurangkan sebarang konflik dan mengembalikan emosi yang stabil kepada diri dan pasangan. Kata-kata ini adalah ayat tersirat yang bermaksud, “Memang saya yang bersalah.” Cuba fikirkan, dalam mana-mana perhubungan, kita juga berhadapan dengan pertentangan idea dan pendapat. Ada kalanya melibatkan salah faham. Kebiasaannya, kita cuba menolak kata-kata dan pandangan pasangan, tidak mahu beralah sedikit sehingga memberi risiko kepada perhubungan yang dibina. Sekadar bersedia dengan kata-kata, “Mungkin awak yang betul,” sebenarnya memberi ruang pada diri dan pasangan mendalami lagi masalah secara rasional.

4. “Maafkan diri saya”
Cinta yang mengalami keretakkan dapat diperbaik dengan mengakui kesilapan dan bersedia meminta maaf. Setiap daripada kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan. Orang lelaki tidak perlu malu mengakui kesalahan. Ketegangan dalam percintaan dapat dikendurkan apabila pasangan sedia mengakui kesalahannya dan memohon maaf. Ia juga lambang kebijaksanaan dalam memupuk suasana yang positif.

5. “Terima kasih”
Ucapan terima kasih adalah lambang penghargaan kepada orang lain secara terhormat kerana kebaikan yang diberi. Pasangan bermula sebagai sahabat karib dan berakhir sebagai pasangan suami isteri tidak memandang rendah nilai terima kasih yang diberi. Ada kalanya, nilai ucapan terima kasih meringankan beban dan susah payah yang dilakukan demi kita kerana ia menandakan kita peka dengan apa yang dilakukannya.

6. “Jangan bimbang, saya bersama awak”
Ungkapan ini bertindak sebagai ‘gam emosi’ yang merapatkan hati pasangan. Dalam situasi yang penuh tekanan, kekeliruan dan mencari seseorang untuk berkongsi keadaan, ungkapan ini seperti satu tangan yang dihulurkan untuk pasangan itu bukan sahaja bersedia bersama dalam waktu suka, malah pada waktu duka.

7. “Biar saya bantu”
Mereka yang bercinta menjadikan perkataan ini gambaran kepekaan diri pada sesuatu dan bersedia memenuhi keperluan itu. Lebih mendalam lagi, ungkapan ini memberi kesan mendalam apabila ia dilontarkan pasangan tanpa diminta berbuat demikian.

8. “Saya amat memahami diri awak”
Ungkapan ini mewujudkan keseronokan dalam perhubungan sekali gus merapatkan hubungan sedia ada kerana ia juga melambangkan unsur penerimaan dan memahami. Apabila membiarkan pasangan kita mengetahui kita memahami dirinya dengan pendekatan kreatif seperti yang dibual dan dikongsi, ia membawa maksud “Saya amat memahami diri awak.”

9. “Awak boleh mencapainya!”
Manusia bersifat unik. Tidak ada dua orang yang serupa seratus peratus di dunia ini. Perbezaan bukan sahaja fizikal tetapi impian antara dua manusia. Hidup bersama adalah impian yang sama namun pendekatan yang timbul dalam fikiran berbeza. Kita cuba menjadikan ke arah impian yang berbeza secara serasi. Pada masa yang sama, masing-masing mempunyai impian yang ingin dipenuhi. Misalnya, wanita ingin membuka butik miliknya pada suatu hari nanti, tapi kita bukan individu yang mempunyai pemikiran usahawan sepertinya. Adakah kita menolak mentah-mentah impiannya tanpa membuka sedikit pintu idea, peluang dan masa bagi mencapainya sebelum ataupun selepas berkahwin? Malah lebih jauh lagi, kata-kata yang memberi dorongan kepadanya.

10. “Aku mencintai dirimu”
Inilah tiga perkataan yang sering disifatkan sebagai kata-kata manis dalam membina perhubungan. Dengan meluahkan kata-kata ini beserta nilai cinta sejati memberi kepuasan emosi paling dalam. Keinginan memiliki dan dimiliki dan rasa dihargai, semuanya terangkum dalam perkataan ini.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.0/10 (18 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +10 (from 10 votes)
Kata-kata Manis Untuk Pasangan, 9.0 out of 10 based on 18 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • Ayat meluahkan perasaan cinta
  • ayat meluahkan perasaan
  • ayat untuk meluahkan perasaan cinta
  • ayat meluahkan perasaan sedih
  • ayat untuk meluahkan perasaan
  • ayat manis untuk suami
  • ayat meluahkan rasa cinta
  • ayat-ayat meluahkan perasaan
  • ayat ayat manis untuk sahabat
  • kata manis lelaki

Comments

  1. cinta ksh sayang perlu dibuktikan dgn pengorbanan jiwa raga mahkota diri hya utk yg tersayang… belaian dakapan ciuman perlu setiap pasangan… must having makelove together… babyy… i love it…

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (3 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +4 (from 4 votes)
  2. I love this verse.''. :-)

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (2 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +2 (from 2 votes)
  3. I love u…

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
  4. Really good Information, cheers. For many citizens that also plan to shed some pounds instantly, check out our website for the incredibly best process to shed fat almost instantly.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)

Leave a Comment

*

CommentLuv badge

Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins

Like Page Ayat Jiwang