Kawan Atau Teman Istimewa

teman istimewaMengapa sekadar kawan, buka teman istimewa. Kawan atau teman istimewa? Istilah yang sering mendatangkan kekeliruan bagi sesetengah orang. Dilihat seperti cinta, ke mana saja pasti berdua tanpa mengira masa dan waktu. Sesekali berpegangan tangan namun ketika diajukan pertanyaan, adakah bercinta, keduanya menggelengkan kepala.

Masing-masing tidak mengaku kerana tidak pernah membicarakan soal cinta ketika berdua sebaliknya selesa sebagai kawan baik sahaja. Namun ada kalanya timbul juga sedikit konflik apabila sering berdua tetapi tiada ikatan apa-apa. Mengapa lelaki menganggap anda kawannya, bukan sebagai teman istimewa? Sedikit tip mungkin dapat membantu anda menghuraikan maksud di sebalik perahabatan itu.

Tiada perasaan cinta
Rahsia cinta, dari mata turun ke hati. Semasa di alam percintaan segalanya nampak bahagia dan saling menggembirakan. Begitu jugalah halnya kalau anda keluar dengan seseorang yang anda sukai dan cintai, anda tentu saja mahu memikirkan perhubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin. Namun bagaimana dengan kawan biasa? Disebabkan anda sudah terlalu lama mengenalinya, sudah tentu anda berasa kekok untuk menikmati bula madu yang indah bersama pasangan kerana sudah terlalu lama menganalinya. Jadi terlalu lama berkawan juga boleh membuatkan lelaki sukar menterjamahkan rasa cintanya kerana sudah terlalu biasa dengan gaya dan gelagat anda.

Bukan paksaan
Perasaan bukan satu paksaan bagi setiap orang. Bagi mereka, ia patut lahir dari hati nurani untuk mencintai pasangan dengan sepenuh hati. Namun kalau sudah terlalu lama berkawan, rasa itu mungkin sukar kerana perasaan cinta itu mungkin tidak terlahir dengan sepenuh hati.

Pengakhiran pada persahabatan
Kebiasaan persahabatan akan terus kekal sampai bila-bila. Ia tidak sama seperti anda jatuh cinta dengan pasangan dan mahu kekal hidup bersamanya. Cinta mungkin tidak kekal seperti sebuah persahabatan kerana perhubungan anda mungkin putus di tengah jalan keran pelbagai faktor seperti kecurangan, cemburu, kuat mengawal dan sebagainya. Lain dengan persahabatan, walau sudah menemui orang lain, persahabatan itu mungkin masih diteruskan kerana anda sudah biasa berkawan dengannya.

Sudah mengenalinya terlalu lama
Bayangkan jika anda berkawan dengannya sejak dari sekolah kemudian membawa ke alam pekerjaan. Sudah tentu anda saling mengenali antara satu sama lain dengan begitu rapat. Malah anda mungkin juga tiada rahsia lagi kerana sudah bersikap terbuka. Sebagai wanita, fikir-fikirkanlah sendiri sejauh mana perhubungan anda dan dia kerana dia mungkin menganggap anda hanyalah kawan baiknya sahaja.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.0/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
Kawan Atau Teman Istimewa, 9.0 out of 10 based on 10 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat untuk kawan lelaki
  • ayat istimewa
  • maksud teman istimewa
  • ayat untuk shabat