Memilih Pasangan Hidup

Kebanyakkan orang-orang sekarang ni lupa nak selidik akhlak budi pekerti seseorang tu sebelum buat keputusan untuk dijadikan pasangan hidup, entah berbudi baik entah tidak, yang penting ikut pandangan zahir dengan sedap mata melihat. Kebanyakkan pemuda yang ingin mencari wanita sebagai teman hidupnya nak yang ramping, tinggi semampai, matanya bak bintang timur, dagunya macam lebah bergantung, hidungnya seperti dasun (bawang putih) tunggal, alis matanya umpama semut beriring, bibir bak limau seulas dan sebagainya yang indah-indah hanya pada zahir. Pendek kata segala macam yang menawan hati dan mengghairahkan  disebut-sebut. Bila yang indah-indah itu dipenuhi, tak ada lagi syarat-syarat lain. Seakan-akan itulah yang memberi kebahagiaan.

pasangan hidup

Kalau wanita yang nak cari suami pula bagaimana? Sama jer, tak ada bezanya. Mereka nak memiliki suami yang mempunyai sifat-sifat mempersonakan kegagahannya, tingginya, kacak, hensem, berharta, berpangkat dan sebagainya. Kalau jumpa lelaki macam tu, seakan-akan itulah yang membahagiakan.

Dapatkah sifat-sifat yang diidamkan itu memberi kebahagiaan? Belum tentu! Kenapa kita tak mencari sesuatu yang berharga dalam diri seseorang tu yang lebih berharga dari pelbagai sifat luaran atau zahir sahaja, yang tak akan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Apa? iaitu budi pekerti.

Bukankah nilai seseorang tu terletak pada budi pekertinya?

Carilah pasangan yang mempunyai budi pekerti yang baik dan agamanya kerana inilah prinsip perjuangan hidup dan asas yang kuat setiap Muslim tidak boleh abaikan.

Berikut lima sifat wanita yang baik:

1. Beragama Islam
2. Sentiasa berlapang hati dan gembira
3. Bersederhana dalam hidupnya
4. Lembut dan rendah hati
5. Tidak boros dan membazir

Berikut lima sifat lelaki yang baik:

1. Beragama Islam
2. Tenang dan berwibawa
3. Penyantun dan penyayang
4. Tidak mudah putus asa dan patah semangat
5. Jimat cermat dan dapat dipercayai

Setakat ni bagi point-point jer la… Artikel yang lain akan dihuraikan setiap sifat wanita dan lelaki tu.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.8/10 (12 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +9 (from 9 votes)
Memilih Pasangan Hidup, 7.8 out of 10 based on 12 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat mencari teman hidup
  • ayat rendah diri
  • pasangan