Pantun Melayu Jiwang

Agak-agak la kan, ada lagi tak pasangan kekasih sekarang main balas-balas pantun. Takpun kalau nak merisik anak dara untuk perkahwinan ada lagi ke yang main pantun-pantun ni. Mungkin ada kan, tapi susahlah sikit nak jumpa pada zaman sekarang ni. Kalau zaman dahulu bukan setakat pasangan kekasih jer main balas-balas pantun, nak bertumbuk bergaduh pun berbalas pantun. Kira pantun boleh lah nak katakan menyentuh seluruh aspek kehidupan orang Melayu dahulu sebab dengan pantun dijadikan alat komunikasi. Pantun juga menggambarkan minda orang Melayu, betapa tingginya minda orang melayu pada zaman dahulu kalau nak bandingkan dengan sekarang ni.

Pantun Melayu Jiwang

 Baiklah, kat bawah ni disenaraikan pantun melayu yang agak jiwang juga. Layan…

Layang-layang di atas bukit,
Kayu tengar dari seberang;
Cinta abang bukan sedikit,
Racun penawar sayang seorang.

 

Lipat baju lipatnya kain,
Bawa belayar tanah seberang;
Hati tiada pada yang lain,
Hati teringat awak seorang.

 

Burung serindit dalam perahu,
Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
Kerana berjauhan dengan abang.

 

Sayang di rimba tumbuhnya rotan,
Tumbuh menjalar di luar kota;
Siang malam jadi sebutan,
Adinda seorang hanya ku cinta.

Kalau tuan pandai menyurat,
Suratkan saya kertas biru;
Kalau tuan pandai mengubat,
Ubatkan saya penyakit rindu.

 

Tiup api jerang belanga,
Hendak mengulai kepala kurau;
Abang pergi janganlah lama,
Tiada teman hendak bergurau.

 

Duduk beralih hadap ke hulu,
Angin ribut makin menderu;
Tidak boleh disebut selalu,
Makin disebut makin merindu.

 

Orang Jepun melukis peta,
Peta orang melawan naga;
Biarpun karam bumi yang rata,
awak seorang dinanti juga.

Itu antara pantun melayu yang sebenar, agak jiwang la juga dan boleh gunakan untuk eratkan lagi hubungan dengan pasangan yang dicintai. Rasanya cukuplah setakat ini dulu, kita sudahkan artikel ini dengan serangkap pantun (pantun melayu juga).

 

Anak ayam sedang berjalan,
Berjalan menuju ke perigi;
Salah silap harap maafkan,
Semoga kita berjumpa lagi.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.2/10 (141 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +42 (from 44 votes)
Pantun Melayu Jiwang, 9.2 out of 10 based on 141 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • pantun cinta melayu
  • pantun cinta
  • pantun lawak cinta
  • pantun cinta lawak
  • ayat pantun
  • pantun ayat cinta
  • pantun cinta malaysia
  • pantun pujuk kekasih
  • pantun melayu cinta
  • pantun melayu