Pelajaran Ayat Jiwang

ayat jiwangLelaki ada kalanya sukar untuk berterus terang dengan si isteri atau kekasih. Bimbang perasaan wanita yang disayangi itu akan terluka apabila menerima ucapan yang tidak enak didengar. Perlu berfikir dahulu sebelum mengucapkannya. Dan sering kali mengambil sikap berdiam diri atau menyembunyikan sesuatu perkhabaran dari berterus terang. Namun sampai bila boleh dibiarkan sesetengah perkara itu disembunyikan.

Apa pun yang berlaku, anda perlu mencari ayat jiwang yang terbaik bagi mengelakkan perasaan pasangan anda terluka. Anda mahu mengucapkan seperti ayat-ayat jiwang di bawah, tetapi bimbang lain pula maksud yang difahaminya. Ada ayat jiwang di bawah yang boleh diungkapkan tetapi ada juga ayat jiwang yang perlu anda elakkan. Apa pun ungkapkanlah ayat jiwang yang terbaik bagi kepentingan kedua belah pihak.

1. Ayat jiwang “I love You”
Selalunya ketika sedang bertelingkah, bertengkar, bergaduh, bertekak dan sewaktu dengannya, perkataan-perkataan yang kurang enaklah yang jelas kedengaran. Ada pasangan yang sampai sanggup maki hamun. Pasti susah sangat nak mendengar anda ataupun pasangan mengucapkan ayat jiwang I love you ketika sedang menghadapi situasi yang menyakitkan ini. Sebenarnya ucapan ayat jiwang ini yang pastinya didasari dari lubuk hati yang dalam, mampu menjernihkan suasana. Mampu membuatkan si dia dan anda tersedar betapa cinta itu penting bagi anda berdua. Apa pun lafazkan ucapan ayat jiwang keramat ini diakhir pertengkaran, bukan sewaktu ‘peperangan’ mahu bermula.

2. Guna ayat jiwang dan elakkan ayat ini “Ya, memang betul, waktu ini perlawanan bola sepak, ia yang lebih penting daripada awak.”
Pastinya ayat ini hanya terlintas di kepala mahupun dalam hati tatkala si dia mengadu anda lebih pentingkan aktiviti kegemaran anda. Walaupun hati sebal mendengar bebelan si dia, seboleh-bolehnya anda menahan hati untuk menuturkan ayat seperti itu. Sebenarnya ada ayat jiwang lain yang lebih sedap didengar untuk menerangkan keadaan anda ketika itu yang mahu menumpukan perhatian terhadap aktiviti anda. Contoh ayat jiwang nya, “Sayang, cubalah faham minat saya. Saya hanya perlukan sedikit masa untuk aktiviti kegemaran saya ini, masa untuk sayang tetap ada” atau ayat jiwang ini, “Sayang, ada masa-masanya saya perlukan waktu untuk bersendirian. Tapi apa pun awak tetap tidak akan saya abaikan.”

3. Ayat yang dianggap jiwang, tapi tak pun “Saya tak mampu nak menjamin apa-apa.”
Wanita perlukan lelaki yang berkeyakinan. Kalau anda sendiri tidak yakin dengan diri anda, bagaimana hendak menyakinkan orang lain terutamanya yang mahu sehidup semati dengan anda? Mungkin anda mengalamu masalah kewangan, tapi anda boleh berusaha untuk mempertingkatkan lagi tabungan anda. Apa saja kekurangan dan kelemahan anda, berusahalah untuk mengatasinya.

4. Ayat ini bagai bom atom “Saya ada ramai teman wanita.”
Ayat ini amat ditakuti oleh mana-mana wanita. Amat menyakitkan. Bila diketahui anda  memiliki koleksi teman wanita, pasti membuatkan si dia kecewa dan terkilan. Sedangkan harapannya, hanya dialah satu-satunya wanita yang bertakhta di hati anda. Walaupun mungkin si dia antara pilihan yang ada, ubah ayat anda menjadi yang lebih jiwang dan enak didengar.

5. Ayat jiwang cemburu, tapi awas “Saya rasa salah seorang kawan awak tu boleh tahan menarik jugalah.”
Ini memang ayat untuk mencetuskan cemburu dan penyebab untuk bergaduh. Malah pasti si dia juga terasa hati jika anda memuji kawan-kawannya berlebihan. Dia takkan biarkan anda maksudkan itu kerana bimbang perhatian anda akan beralih arah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +9 (from 9 votes)
Pelajaran Ayat Jiwang, 10.0 out of 10 based on 10 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat cinta sarawak
  • bahasa sarawak ayat cinta
  • ayat cinta bahasa bidayuh
  • ayat jiwang bidayuh
  • kata kata cinta dlm bahasa bidayuh
  • ayat jiwang melayu sarawak
  • sayang dalam bahasa bidayuh
  • ayat sweet bahasa sarawak
  • www ayat jiwang sarawak
  • ayat cinta sweet melayu Sarawak