Petua Menghadapi Pertengkaran

pertengkaranTiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Berikut antara petua untuk menghadapi pertengkaran.

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapu usahakanlah untuk menyelasaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: “Ini semua salah kamu…!”, “Engkau bodoh…!”, “Engkau selalu melakukan kesalahan…!” dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, “Hati saya luka kerana perbuatan itu…”, “Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya…” dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian jauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan wujud banyak lagi masalah lain.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.2/10 (19 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +12 (from 12 votes)
Petua Menghadapi Pertengkaran, 9.2 out of 10 based on 19 ratings