Rahsia Jiwang Bersama Pasangan

rahsia jiwangWanita memang sukakan sesuatu yang jiwang dan romantis namun lelaki pula tak semuanya mahu bersikap sedemikian. Demikianlah percanggahan yang selalu berlaku, walhal perkara ini wajib diadakan dalam sesebuah perhubungan. Melakukan perkara-perkara jiwang dan romantis bersama pasangan mampu menambahkan lagi keintiman dan kemesraan dengan pasangan.

Malah melalui masa-masa jiwang dan romantis juga mampu menyegarkan sebuah perhubungan. Tatkala merasakan perhubungan berada pada fasa membosankan maka usahakanlah melakukan sesuatu yang jiwang dan romantis agar perhubungan kembali ceria dan anda bersemangat menjalani hari bersama pasangan.

Perkara ini juga sebenarnya tidak terhad kepada pasangan suami isteri yang masih muda saja, mereka yang sudah berusia juga harus mempraktikkannya. Sikap inilah yang akan mencipta kesetiaan dan kebahagiaan yang berkekalan. Lihat saja tip-tip daripada pasangan bahagia, antaranya masih keluar bersama walaupun sudah berusia.

Sekiranya anda dan pasangan tidak tahu bagaimana cara mencipta saat-saat jiwang dan romantis ini, Ayat Jiwang kali ini menunjukkan panduannya.

1. Jiwang dengan bercerita di kamar
Menghabiskan waktu di hujung minggu bersama tentu menyenangkan. Ciptakan suasana penuh keceriaan bersama pasangan agar anda berdua semakin dekat dan hangat. Tidak perlu biaya besar hanya untuk dapat meraih kebahagiaan, habiskan waktu bersama di dalam bilik tidur dengan saling bercerita dan tertawa. Bagi memberi kesan yang lebih jiwang dan romantis, pasangkan lampu yang tidak terlalu terang ataupun nyalaan lilin saja. Pun begitu, tidak semestinya, masa di kamar berakhir dengan seks, ada kalanya duduk berdua bercerita di dalam pelukan pasangan dirasakan cukup membahagiakan.

2. Jiwang dengan berkelah bersama
Mengisi waktu santai dengan berkelah bersama pasangan akan menjadi aktiviti yang sangat menyenangkan. Berkelah tidak semestinya di pantai saja, anda boleh melakukannya di taman rekreasi, sungai ataupun tasik. Tidak hanya mendekatkan diri dengan pasangan. Tetapkan satu hari di hujung minggu dan siapkan bekalan makanan anda untuk berkelah. Kenakan pakaian yang santai dan selesa kemudian nikmatilah saat-saat yang menggembirakan bersama.

3. Jiwang dengan menonton DVD
Boleh juga kalau mahu menonton wayang bersama namun tentunya anda sukar melakukan aksi jiwang dan romantis di khalayak ramai. Duduk saja bersama di rumah dan pasanglah DVD atau VCD yang digemari. Lebih elok lagi kalau ia berkisar tentang percintaan. Duduklah berdekatan berdua di sofa sambil melayani cerita ini. Cara ini juga sebenarnya tidak mengeluarkan belanja dan anda mencari parking untuk ke panggung wayang. Tapi sebelum menonton bersama pastikan hanya ada anda dan pasangan saja bersama.

4. Jiwang dengan mandi bersama
Aktiviti ini pastinya satu yang menyeronokkan. Mandi dan berendamlah bersama di dalam bathtub yang telah diisi dengan sabun dan minyak aromaterapi aroma menenangkan. Tambahkan juga lilin aromaterapi di sudut kamar mandi dan atur pencahayaan agar suasana romantis semakin terasa. Anda juga boleh membuat kejutan kecil saat mandi bersama. Tidak hanya aksi berendam, tapi juga lakukan urutan pada pasangan. Sudah tentu saat ini akan dikenang oleh anda dan pasangan. Tapi jangan hanya lakukannya sekali saja, jadikan ia rutin sebulan atau seminggu sekali.

5. Jiwang dengan alunan muzik
Muzik merupakan elemen yang mampu melembutkan jiwa, penting untuk menghabiskan malam panjang. Lagu dan muzik lembut juga mampu menstimulasi perasaan anda. Jika anda sedang berduka, mendengarkan muzik yang ceria agar boleh melepaskan rasa sedih itu. Demikian juga jika ingin menikmati waktu-waktu yang jiwang dan romantis bersama pasangan, dengarkanlah lagu-lagu jiwang dan romantis yang banyak terdapat di pasaran. Putarkan di rumah tatkala anda berdua dengan pasangan. Paling berkesan, sediakan sekali makan malam yang istimewa untuk dinikmati bersama.

6. Jiwang dengan duduk berdua di rumah
Ada kalanya saat-saat jiwang bersama pasangan boleh dicipta bila duduk di rumah hanya ada anda berdua saja bersama pasangan. Oleh itu, ambillah cuti daripada menjaga anak barang sehari dua. Hantarkan ke rumah ibu bapa agar anda dapat menghabiskan masa bersama dengan tenang. Duduk bersembang berdua juga mampu menimbulkan bibit keintiman dan jiwang.

7. Jiwang dengan rawatan istimewa
Bekerja dari pagi hingga ke malam sememangnya memenatkan, apa kata sisihkan masa untuk memberi rawatan istimewa sesama sendiri. Ini juga mencipta suasana jiwang dan romantis buat anda dan pasangan. Bergilirlah melakukan urutan pada tubuh pasangan, tapi sebelum itu nyalakan lilin aromaterapi dan gunakan minyak pati semasa mengurut agar memberi kesan yang lebih menyenangkan.

Tip dan rahsia jiwang sudah diberi, kini terpulang kepada anda untuk mempraktikkannya. Mungkin untuk memulakannya anda akan berasa sedikit janggal tapi tetaplah mencuba. Fikirkan tentang kepentingannya dalam memperbaiki hubungan anda bersama pasangan. Kalau ia untuk kebaikan apa salahnya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (8 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +8 (from 8 votes)
Rahsia Jiwang Bersama Pasangan, 10.0 out of 10 based on 8 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • mandi bersama pasangan