Tempat Jiwang Untuk Bersama Pasangan

Tempat Jiwang Untuk Bersama PasanganMenjalin suatu hubungan cinta dengan seseorang yang kita minati, sudah tentunya sangat membahagiakan. Namun ada kalanya tempat pertemuan pertama yang mahu diatur mendatangkan sedikit masalah kerana kita sudah tentu mahukan yang terbaik untuk pasangan. Apa kata semak tempat-tempat jiwang yang mungkin boleh menjadi panduan untuk anda pilih.

1. Tempat jiwang pusat boling
Ia sebuah tempat jiwang yang agak baik untuk membawa pasangan bagi pertama kali keluar bersama. Ini kerana pusat boling adalah tempat jiwang yang memenuhi kriteria kerana ia agak menyeronokkan malah boleh dimasuki oleh sesiapa pun dan agak mudah dicari. Mungkin anda boleh menunjukkan kemahiran anda bermain boling di hadapan pasangan dan sudah tentu dia berasa bangga dengan diri anda. Sekiranya dia tidak pernah bermain boling, anda boleh mengajarnya dan ia tentu saja mampu mengeratkan sebuah perhubungan yang baru terjalin.

2. Tempat jiwang zoo
Sesetengah pasangan, khususnya bagi yang masih bujang apabila bercakap tentang zoo tentu saja akan menggelengkan kepala dan agak menggelikan hati. Mungkin mereka beranggapan, zoo adalah tempat sesuai untuk kanak-kanak sahaja dan ibu bapa yang membawanya. Tetapi zoo sebenarnya adalah tempat jiwang yang sangat sesuai untuk berbual dan mengenali pasangan dengan lebih rapat kerana anda perlu mengunjungi dari satu kandang ke satu kandang dan kala itulah masa yang panjang boleh digunakan untuk mengenalinya.

3. Tempat jiwang taman tasik
Ia merupakan satu tempat jiwang yang agak menarik dan boleh merapatkan lagi sebuah perkenalan. Sambil mengelilingi tasik, anda boleh mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi. Sekalipun tempat jiwang ini dilihat agak biasa-biasa sahaja, ia juga sesuai dijadikan tempat jiwang pertama untuk bertemu.

4. Tempat jiwang taman hiburan
Tempat pertemuan pertama juga boleh menjadikan taman hiburan sebagai pilihan. Ini kerana ia sebuah tempat jiwang yang sangat menyeronokkan dan menghiburkan, ada bermacam-macam permainan dan hiburan yang boleh dicuba. Cuba bayangkan anda bersama pasangan di dalam roda berputar, berpusing di udara dan ia tentu saja sangat menggembirakan. Kalau ia pengalaman pertama bagi pasangan, ia tentu saja sangat teruja bagi dirinya.

5. Jiwang makan pagi bersama
Sarapan pagi bersama mungkin dilihat sebagai idea yang tidak masuk akal. Ini kerana ia jarang sekali dibuat dan pasangan mahu berehat di awal pagi. Tetapi sesekali membuat kejutan dengan mengajaknya bersarapan, menunjukkan anda sangat berbeza dengan orang lain dan itulah keunikan anda yang sebenarnya. Saat anda makan bersamanya, ia sudah tentu menyeronokkan dan mencetus suasana jiwang.

6. Tempat jiwang stadium
Jangan terperanjat kerana stadium juga boleh menjadi tempat jiwang bagi anda untuk keluar berdua dengannya. Menonton perlawanan bola sepak berdua atau menyaksikan pertandingan badminton tentu saja agak menyeronokkan. Mungkin ia satu signal untuk anda memberitahu pasangan bahawa anda meminati sukan dan mengharapkan dia turut menyukai apa yang anda suka. Tapi awas, saat anda mengajaknya menonton bola jangan terlepas pandang tentang dirinya. Jangan sampai dia kecil hati kerana anda memberi tumpuan penuh kepada sukan dan bukan dirinya.

7. Tempat jiwang pasar terbuka
Ia juga mungkin sebuah tempat jiwang yang tidak pernah anda fikirkan. Apa kata anda saja menjamu mata di tempat-tempat jiwang begini, bukan perlu membeli tetapi sekadar berjalan dan mana tahu ada benda-benda yang mencetuskan minat anda berdua. Dari sini jugalah anda boleh mengetahui minatnya, sama ada berkaitan dengan buah-buahan, makanan, barangan dan sebagainya.

8. Suasana jiwang bercuti ke luar
Bercuti memang menyeronokkan apatah lagi ia jauh dari hiruk pikuk kota. Menghadap lautan yang luas terbentang, angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana yang sangat menenangkan. Ketika inilah kita boleh mengenali pasangan dengan lebih rapat, menyelami hati budinya dan jika anda wujud keserasian, maka jalinkan hubungan dengan lebih rapat.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (11 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +11 (from 11 votes)
Tempat Jiwang Untuk Bersama Pasangan, 10.0 out of 10 based on 11 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • tempat bercuti bersama kekasih
  • tip kejutan pertemuan pertama kekasih