Tip Percutian Yang Lebih Jiwang

Bercuti bersama insan yang paling disayangi adalah perkara paling jiwang patut kita lakukan. Ia bukan saja mampu menenangkan jiwa malah mampu mengeratkan sebuah perhubungan. Semasa bercuti, kita berpeluang untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat lagi, mengenang semua peristiwa manis dan jiwang.

Tip Percutian Yang Lebih Jiwang
Namun sebelum merancang untuk keluar bercuti berdua, lebih baik anda merancang terebih dahulu. Ini termasuklah soal masa, perbelanjaan, ke mana tempat percutian dan sebagainya lagi. Fikirkan juga keadaan tempat percutian tersebuk ditambah lagi, jika anda ingin pergi ke tempat yang agak jiwang dan romantik.

Habiskan kerja mengikut aturan agar anda tidak membebankan rakan sekerja yang terpaksa bertungkus lumus menyiapkan kerja anda sedangkan anda berseronok bercuti. Pertimbangkan juga jumlah wang yang mungkin agak besar terpaksa anda keluarkan kerana tempat percutian yang pasangan anda pilih itu mungkin memerlukan belanja yang besar. Mungkin tip Ayat Jiwang ini dapat anda ikuti sebelum memilih tempat percutian yang lebih jiwang dan romantik bersama insan tersayang.

1. Pilih tempat percutian yang romantik dan jiwang
Tempat yang anda pilih itu mestilah bersesuaian dengan bajet anda. Jangan pilih tempat yang agak mahal sehingga anda ‘pokai’ untuk membayarnya. Jika anda hanya ada masa di hujung minggu, jangan memilih tempat percutian yang agak jauh dari rumah, ia hanya akan membuang masa sahaja. Anda hanya akan penat dan percutian akan menjadi tidak menyeronokkan. Pilihlah hotel berkelas dua atau tiga bintang sahaja tetapi dalam masa sama masih mampu mewujudkan suasana yang agak jiwang dan roamntik bagi anda berdua. Paling utama, jangan lupa waktu untuk bertolak, jangan bertangguh kerana ia hanya akan membuang masa. Dapatkan juga info mengenai restoran dan keadaan persekitaran. Ia akan lebih memudahkan anda agar tidak tercari-cari lokasi tempat makan di mana.

2. Berikan sentuhan berlebihan
Ketika bercuti, jangan berlagak sama seperti anda berada di rumah. Kalau sesebelum ini anda kurang jiwang pada pasangan, sekarang lebih-lebihkanlah sikap itu kerana anda menunjukkan sesuatu yang baru kepadanya. Semasa mengangkat barangnya dari kereta ke hotel, ciumlah pipinya secara spotan. Atau mungkin juga anda boleh menyapu lembut belakang tubuhnya dengan minyak dan urutlah dengan perlahan-lahan. Pilihlah meja sama makan malam yang suasananya agak terlindung dari orang ramai. Malah kalau boleh, lakukan satu hari yang istimewa buat dirinya dengan bercerita tentang perasaan anda terhadapnya.

3. Sesuaikan diri dengan jiwang
Apabila anda mahu meneroka suasana yang jiwang dan romantik dengan pasangan, penerancangan adalah faktor terpenting dalam memastikan apa yang anda rancang berjalan lancar. Jangan sesekali menukar mood hanya kerana ada sedikit kelemahan atau kekurangan. Bertolak ansurlah dalam semua keadaan kalau pasangan tiba-tiba membuat hati. Jangan lekas melenting kerana ia hanya akan merosakkan mood percutian yang jiwang dan romantik. Kalau anda berasa tertekan saat itu, lekas-lekaslah wujudkan mood jiwang semula. Kalau anda meneruskan kemarahan dan menurut rasa hati, percutian yang anda rancang pasti akan menjadi hancur.

4. Bergurau sendalah untuk lebih jiwang
Sebagai lelaki, jiwang memang bukan agenda anda kerana anda lebih memikirkan satu tanggungjawab yang lebih besar, soal kerjaya, bagaimana mahu mencari duit dan sebagainya. Tetapi pasangan anda berfikiran yang sebaliknya. Dia mahukan anda selalu berada di samping, bertanyakan apa yang dikehendakinya, mengungkapkan kata-kata jiwang dan cinta kepadanya, selalu membelai dan sebagainya. Namun hidup manusia tidak begitu sahaja, ada kekurangan dan ada kelebihannya. Kalau anda kurang dari aspek kasih sayang, mintalah pasangan menunjukkan cara-cara jiwang nya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.8/10 (15 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +12 (from 12 votes)
Tip Percutian Yang Lebih Jiwang, 9.8 out of 10 based on 15 ratings