Wanita Juga Harus Jiwang

wanita jiwangSemua wanita menginginkan pasangan yang menjadi pendamping hidup mereka seorang lelaki yang romantik dan jiwang. Sekiranya boleh seromantis dan sejiwang watak lakonan Richard Gere dalam filem Pretty Women yang ditonton ramai. Sememangnya itulah lelaki yang didambakan ramai wanita.

Jiwang dan romantik memang sifat yang dikaitkan dengan lelaki biarpun tak ramai yang memilikinya. Namun begitu sebetulnya seperti mana wanita, seorang lelaki mahupun suami juga mengharapkan pasangan mereka bersifat romantis dan jiwang. Sifat ini pastinya melengkapkan ciri seorang wanita yang penuh dengan kelembutan. Jika jiwang lelaki sering dikaitkan dengan pemberian bunga, makan malam istimewa bagaimana pula jiwang seorang wanita pada kaca mata lelaki, Ayat Jiwang kali ini menurunkan ilmunya.

1. Jiwang dengan berdandan cantik
Perkara pertama untuk menjadi isteri yang jiwang dan romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain sekelilingnya. Oleh itu berdandan cantik di hadapan suami kalau boleh setiap masa. Hatta sebelum tidur sekali pun anda harus tampil sedap mata memandang. Kenakan baju tidur yang indah atau lebih elok seksi di matanya. Suami juga pasti sangat senang jika pakaian dan dandanan anda sesuai dengan seleranya.

2. Jiwang dengan memberi pujian
Semua orang suka dipuji, tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagalan dan keperkasaan dirinya. Maklumlah, lelaki sering kali berharap untuk menjadi hero jadi pujian jiwang anda membuatkan suami merasa diri lebih dihargai.

3. Jiwang dengan luangkan masa bersama
Pada zaman serba maju ini, kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Justeru masa untuk bersama tidak sentiasa ada. Oleh itu jika anda dan suami sentiasa sibuk, aturlah masa anda untuk meluangkan masa bersama dengannya. Boleh jadi dengan mengajaknya makan tengah hari bersama sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Boleh juga mengatur jadual untuk berdua-duaan di waktu hujung minggu. Usaha anda untuk mencari masa bersama dengannya akan dilihat sebagai sesuatu yang jiwang, romantis dan membahagiakan dirinya.

4. Jiwang dengan berikan sentuhan mesra
Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan lelaki anda rasa sangat diperhatikan. Begitu juga saat menonton t.v bersama, usaplah rambutnya atau biarkan suami anda berbaring di ribaan anda. Inilah yang akan menyerlahkan ciri-ciri jiwang anda.

5. Jiwang dengan membiarkan dia bebas
Seperti juga dengan anda yang suka bersembang dengan rakan-rakan, suami anda juga punya keperluan ini. Dia juga punya keinginan untuk berkumpul dengan rakan-rakannya. Ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya tambah lagi jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan rasa sengan kerana dipercayai.

6. Jiwang dengan masak makanan yang enak
Pepatah Inggeris ada menyabut, ‘a way to win men heart is through his stomach’ ataupun cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang enak apatah lagi jika ia dimasak oleh isterinya sendiri khusus untuk dirinya. Ini juga akan membuatkan dirinya sentiasa dikenangkan diri anda saat berjauhan. Semakin tinggi kemahiran memasak anda dijamin suami akan semakin sayang pada anda.

7. Jiwang dengan berkongsi rahsia
Ada satu perkara yang boleh membuatkan pasangan yakin bahawa anda mencintainya sepenuh hati. Caranya adalah dengan berkongsi rahsia anda dengan dirinya. Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya. Perkongsian rahsia ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.

8. Jiwang dengan kejutan kecil
Semua orang sukakan kejutan. Seperti anda yang akan tersenyum seharian bila mendapat jambangan bunga daripada suami, begitu jugalah dengan dirinya yang tentu akan menyukai bila isteri mengejutkan dirinya dengan hadiah yang diidamkan. Seorang lelaki sangat menyayangi isteri yang ada inisiatif dan kreatif dalam menyegarkan perhubungan. Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.

9. Jiwang dengan menulis catatan cinta
Selalunya di waktu bercinta ramai yang menulis surat cinta. Ada kalanya hingga berkajang-kajang. Namun ia terhenti setelah keduanya mendirikan rumah tangga. Oleh itu tidak salah anda sebagai isteri memulakan aktiviti ini kembali. Kalau sebelum ini anda menulis surat namun dengan seiring perkembangan teknologi tulis dan hantarlah SMS jiwang buat dirinya. Saat membacanya suami pasti tersenyum dan berasa bahagia. Dijamin ucapan-ucapan jiwang yang anda tuliskan tidak akan dipadamkan daripada peti mesej di telefon bimbitnya.

10. Jiwang dengan meraikan hari istimewa
Sebagaimana suami jiwang yang sentiasa meraikan hari istimewa anda, begitu juga halnya jika anda mahu dilihat punya sifat yang sama. Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya. Berikan ucapan jiwang atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup prihatin terhadap dirinya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (11 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +11 (from 11 votes)
Wanita Juga Harus Jiwang, 10.0 out of 10 based on 11 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • ayat cia2
  • ciri ciri orang jiwang
  • ayat cia2 untuk lelaki
  • luangkan masa bersama suami jiwang