Wanita Yang Disukai Lelaki

Personaliti lelaki dan wanita dalam percintaan adalah perkara yang perlu difahami bagi memikat hati pasangan. Cara lelaki dan wanita dalam mencari dan mengungkapkan rasa cinta berbeza antara satu sama lain. Ia dapat dilihat seawal proses percintaan itu bermula sehingga pasangan disatukan. Perkara yang kerap disebut dalam membincangkan sifat yang menarik perhatian lelaki seringkali dikaitkan dengan kecantikan. Tetapi kecantikan bukanlah faktor mutlak dalam menjadikan wanita itu terus kekal dalam hati lelaki.

Wanita yang disukai lelaki

Terdapat sifat-sifat lain menjadi faktor penarik kepada lelaki mendekati wanita. Sifat-sifat ini perlu dikekalkan sebagai pendekatan melembutkan hati pasangan dalam proses percintaan sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga. Lelaki lebih kekal dan cenderung kepada pasangan yang mempunyai karakteristik atau sifat seperti di bawah.

1. Keibuan
Lelaki cenderung kepada wanita mempunyai sifat keibuan, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram semasa sedang tertekan, cemas ataupun gelisah dan senang hati apabila mahu bermanja. Setiap wanita mempunyai potensi keibuan.

2. Keanak-anakan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan wanita menjadi daya tarikan dimata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan telatah itu. Tetapi tentu bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati, sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Macam sifat manja wanita membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian.

3. Mudah mengerti
Sifat mudah mengerti wanita membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sifat ini dapat dilihat daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat berbincang masalah dan sebagainya. Contoh, semasa lelaki melakukan kesilapan, wanita yang memahami tidak terus mengeluarkan kata-kata kasar ataupun menuduh bukan-bukan.

4. Menghargai
Lelaki cenderung kepada wanita yang mudah berterima kasih pada pemberian baik berbentuk hadiah ataupun pertolongan. Wanita sebegini dianggap menghargai susah payah orang lain dan tidak mudah mencemuh perkara yang dilakukan meskipun tidak seperti yang diharapkan. Sebaliknya sifat wanita yang suka menghargai menjadinya lebih bersungguh-sungguh memberi perkara terbaik pada masa akan datang.

5. Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita pandai menjaga penampilan supaya sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan baik menunjukkan wanita itu menghargai dirinya. Wanita murah senyuman, pandai merawat tubuh meningkatkan kualiti hidup dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Wanita yang suka dan bersyukur dengan dirinya, secara tidak langsung memacarkan pesona menyebabkan lelaki juga menyukainya. Senyuman menandakan wanita itu tidak sombong dan layak didampingi dengan cara terhormat.

6. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita murah hati, mengambil berat, simpati kepada mereka yang kurang bernasib baik, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan wajar dan spontan mencerminkan hati mulia. Ada kecantikan dalaman dalam diri memancar keluar dengan indah dan mempesona.

7. Mudah menyesuaikan diri
Lelaki tertarik kepada wanita pandai berkomunikasi dan dapat diajak berbual. Walaupun topik berbualan disukai lelaki berbeza dengan topik kegemarannya, wanita itu dapat mengimbanginya. Dia bukan teman berbual pasif, tetapi dapat memberi respon dan bijak mengalihkan topik serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka kepada wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka  serta dapat menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. Pada masa yang sama wanita suka bertanya khabar mempunyai kemungkinan tinggi diminati kerana sifat ambil beratnya.

8. Takwa dan kelembutan
Aisyah melaporkan di dalam hadis yang dinyatakan oleh Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w ada menyebut, “Wahai Aisyah! Bertakwalah kamu kepada Allah Azzawajalla dan berperangailah lemah lembut. Sesungguhnya sifat lemah lembut itu adalah perhiasan dan jangan sampai dilepaskan sedikit pun, kerana tidak lain akan memburukkannya…”

Hadis ini adalah wasiat nabi Muhammad s.a.w kepada Ummul Mukminin Saidatina Aisyah. Kalimah takwa dan kelembutan adalah ikatan yang perlu ditanam dalam sanubari setiap wanita Islam. Sifat ini menjadi penyuluh membezakan antara wanita Islam dengan wanita kafir. Sifat takwa merangkumi takut, taat dan patuh serta tunduk dengan kekuasaan dan ketetapan hukum Tuhan kepada dirinya. Maksud takwa itu luas. Ia adalah akar tunjang akidah muslim. Ia juga menjadi daya penarik lelaki memilih pasangan terbaik baginya.

9. Pendamai
Sedia menerima kebenaran daripada teguran adalah sifat yang menjadikan lelaki cenderung kepada wanita. Pendamai adalah sifat suka menghubungkan silaturahim, menjauhi perpecahan hubungan sesama saudara malah berusaha menghubungkannya supaya lebih erat dan mesra.

10. Dalam dirinya adalah agama
Antara yang terbaik bagi wanita Islam itu adalah pengetahuan agama mendalam. Oleh itu, Islam mewajibkan wanita menuntut ilmu sebagaimana lelaki. Sifat ini menjadikan lelaki berasa selamat meninggalkan pasangannya bagi suatu tempoh kerana tuntutan ataupun seumpamanya kerana pegangan agama yang akan menjaganya.

11. Berkemahiran
Sebahagiannya menganggap memasak sebagai kemahiran yang remeh dan tidak dipandang lelaki. Namun ia adalah bonus menjadikan lelaki cenderung mengenai wanita. Memasak mempunyai nilainya tersendiri, bukan kerana kelazatan semata-mata tetapi ia mempunyai kuasa mengikat lelaki berada di rumah selepas berumah tangga.

12. Berterus terang
Berterus terang menjadikan lelaki mudah menerima tanpa memikirkan perkara itu dengan begitu mendalam. Lelaki lebih kompleks daripada sudut pemikiran. Perkara kecil jangan dirumitkan dengan kata-kata tersirat kerana lelaki mudah menolak perkara sebegitu sehingga perkara lain difikirkan terdahulu selesai.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.8/10 (15 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +15 (from 15 votes)
Wanita Yang Disukai Lelaki, 9.8 out of 10 based on 15 ratings

Carian Ayat Jiwang:

  • cara memikat hati lelaki dalam islam
  • cara memikat hati suami dalam islam
  • cara memikat hati lelaki yang disukai
  • cara menarik perhatian lelaki yang kita sukai
  • cara mendekati lelaki yang disukai
  • cara pikat lelaki yang diminati
  • ayat ayat memikat hati lelaki yang tersayang
  • cara memikat hati lelaki secara islam
  • cara menambat hati suami dalam islam
  • cara memikat lelaki yang diminati

Leave a Comment

*

CommentLuv badge
Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins

Like Page Ayat Jiwang